Tuesday, August 2, 2016

LOGO


Logo penuh Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Kuala Rompin, Pahang 
Teknologi dan ilmu dengan ikatan perpaduan, kesungguhan, keikhlasan dan tanggungjawab untuk kecemerlangan dan kejayaan kehidupan.

Lingkaran Biru 
Ikatan perpaduan semua warga untuk membentuk KVSAS menjadi kolej vokasional yang dapat memenuhi kehendak dan impian pelangan serta keperluan negara.

Latarbelakang Kelabu Kebiruan 
Kesungguhan dan keikhlasan warga pendidik dan pengurusan melahirkan tenaga mahir dan berketerampilan serta bersahsiah.

Jalur Puteh & Hitam 
Simbol bendera Negeri Pahang, KVSAS berada dalam Negeri Pahang Darul Makmur.

Gear Bergigi Lapan Biru, Kuning & Merah 
Lapan bidang vokasional yang ditawarkan diKVSAS berserta akademik dan gerak kerja luar yang menjadi asas dan keperluanpendidikan yang dipadukan (biru) dengan kesungguhan dan tekad (merah) memenuhi tanggungjawab kepada negara (kuning).

Mata Pena Merah & Kuning 
Kesunguhan (merah) mendidik (warga pendidik),mencari dan mengamalkan ilmu yang diperolehi (pelajar) ibarat emas dan permata (kuning) yang mempunyai nilai kehidupan dan tanggungjawab.

Gear, Mata Pena, Segitiga Merah, Biru & Kuning 
Simbolik huruf K (kolej) dan V (vokasional). Gabungan tiga unsur dan warna yang menjadi asas kecemerlangan KVSAS dalam memenuhi impian pelajar (fulfill your dreams) dan peyumbang tenaga mahir negara.

Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah 
Nama penuh rasmi kolej dengan singkatan KVSAS dari nama asal Sekolah Vokasional Sultan Ahmad Shah yang diambil sempena nama Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah yang mencemar duli merasmikan pembukaan sekolah ini pada Selasa 23 April 1991.

No comments:

Post a Comment