Tuesday, August 2, 2016

LAGU KOLEJ



LAGU KOLEJ

Kolej Vokasional Rompin
Ilmu Kami Utamakan
Kemahiran Kami Kuasai
Bekalan Untuk Masa Depan
Kolej Vokasional Rompin
Agama Teras Panduan
Integriti Menjadi Amalan
Berbakti Pada Nusa Bangsa
Kejayaan Kami Bermula Di Sini
Usaha Gigih Hadapi Cabaran
Semangat Membara Memburu Cita-cita
Azam Kami Di KVSAS Rompin
Penggubah Lirik: En.Khairul Anuar Ismail

                       En.Jefrey Jaafar

LOGO


Logo penuh Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Kuala Rompin, Pahang 
Teknologi dan ilmu dengan ikatan perpaduan, kesungguhan, keikhlasan dan tanggungjawab untuk kecemerlangan dan kejayaan kehidupan.

Lingkaran Biru 
Ikatan perpaduan semua warga untuk membentuk KVSAS menjadi kolej vokasional yang dapat memenuhi kehendak dan impian pelangan serta keperluan negara.

Latarbelakang Kelabu Kebiruan 
Kesungguhan dan keikhlasan warga pendidik dan pengurusan melahirkan tenaga mahir dan berketerampilan serta bersahsiah.

Jalur Puteh & Hitam 
Simbol bendera Negeri Pahang, KVSAS berada dalam Negeri Pahang Darul Makmur.

Gear Bergigi Lapan Biru, Kuning & Merah 
Lapan bidang vokasional yang ditawarkan diKVSAS berserta akademik dan gerak kerja luar yang menjadi asas dan keperluanpendidikan yang dipadukan (biru) dengan kesungguhan dan tekad (merah) memenuhi tanggungjawab kepada negara (kuning).

Mata Pena Merah & Kuning 
Kesunguhan (merah) mendidik (warga pendidik),mencari dan mengamalkan ilmu yang diperolehi (pelajar) ibarat emas dan permata (kuning) yang mempunyai nilai kehidupan dan tanggungjawab.

Gear, Mata Pena, Segitiga Merah, Biru & Kuning 
Simbolik huruf K (kolej) dan V (vokasional). Gabungan tiga unsur dan warna yang menjadi asas kecemerlangan KVSAS dalam memenuhi impian pelajar (fulfill your dreams) dan peyumbang tenaga mahir negara.

Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah 
Nama penuh rasmi kolej dengan singkatan KVSAS dari nama asal Sekolah Vokasional Sultan Ahmad Shah yang diambil sempena nama Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah yang mencemar duli merasmikan pembukaan sekolah ini pada Selasa 23 April 1991.

TAG LINE

TAG LINE

"FULFILL YOUR DREAM"

VISI

VISI

MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG DAN BERKEMAHIRAN TINGGI MENJELANG 2016

MISI

MISI

MELATIH DAN MEMBENTUK MODAL INSAN YANG SEIMBANG SERTA BERKUALITI TINGGI DALAM BIDANG AKADEMIK, KEMAHIRAN DAN BINA INSAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI

SEJARAH PENUBUHAN

Perletakkan batu asas
Sekolah Menengah Vokasional Rompin mula diilhamkan pada 16 April  1987 bersamaan 17 Sya’aban 1407 setelah perletakan batu asas dilakukan oleh K.D.T.M. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta’inBillah  yang melibatkan kawasan seluas 23.68 hektar. 
Pembinaan Sek. Men Vokasional Kuala Rompin
Sekolah ini mula dibina pada 16 Julai 1987 dan siap sepenuhnya pada 15 Disember 1988 dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada 12 Januari 1989 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Kuala Rompin.
Kos pembinaan
 Kos pembinaannya pada peringkat awal berjumlah RM 11,744,326.15 tetapi meningkat kepada RM 12,760,000.00 setelah siap.
Bilangan pelajar dan staff
 Sekolah ini menerima pelajar sulungnya seramai 184 orang pada 20 Februari 1989.Jumlah guru pula seramai 47 orang dan lima orang kakitangan sekolah.
Pertukaran nama Sekolah Vokasional kepada Sekolah Menengah  Vokasional Sultan Ahmad Shah
Nama Sekolah Menengah Vokasional,Kuala Rompin telah ditukar kepada Sekolah Menengah Vokasional Sultan Ahmad Shah sempena perasmiannya oleh KDYMM Sultan Pahang pada tahun 1991.
Naik taraf dari Sekolah Menengah Vokasional kepada Sek Men Teknik
 Pada tahun 1994, sekolah ini dinaikkan ke gred A dan pada 1 November 1995 Sekolah Menengah Vokasional bertukar kepada Sekolah Menengah Teknik mengikut fasa 1 selaras kehendak kerajaan bagi melahirkan pelajar yang kreatif.
Penstrukturan semula SMT ke SMV
     Bagi memperkasakan semula pendidikan aliran teknik dan vokasional, bahagian pendidikan teknik dan vokasional telah membuat penstrukturan semula Sekolah Menengah Teknik ke Sekolah Menengah Vokasional. Oleh itu, Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah akan bertukar menjadi Sekolah Menengah Vokasional pada tahun 2011.